i-Akaun i-KWSP adalah perkhidmatan yang disediakan oleh KWSP untuk mempermudah urus niaga dan peperiksaan tanpa perlu pergi terus ke kiosk atau KWSP, seperti semakan baki KWSP, pengeluaran, dan lain-lain.
Proses pendaftaran i-Akaun juga mudah, hanya perlu beberapa langkah sahaja.
Cara Daftar i-Akaun KWSP
Untuk mempunyai akaun berdaftar di i-Akaun, Anda boleh pergi ke mana-mana kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara.
Atau dapatkan ID pegguna dan kata laluan sementara dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000.
ID pengguna dan kata laluan sementara akan dihantar melalui SMS.
Cara Aktifkan i-Akaun
Sila aktifkan ID pengguna dan kata laluan sementara dalam masa 30 hari selepas Anda menerima maklumat tersebut.
Kalau pengaktifan tak buat dalam masa 30 hari, Anda perlu hubungi balik KWSP untuk dapatkan semula ID dan kata laluan sementara.
- Layari https://www.kwsp.gov.my
- Pilih menu Log Masuk/Login.
- Masukkan ID Pengguna sementara, klik Next.
- Masukkan kata laluan sementara klik butang Next.
- Sila baca terma dan syarat. Klik pada kotak checkbox √ Agree kemudian klik Next.
- Buat ID Pengguna baharu. ID Pengguna baharu mestilah gabungan alphanumeric 8 – 16 digit. Contoh: Ahmad3355
- Buat kata laluan baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan masukkan semula kata laluan tersebub untuk pengesahan. Contoh: Tahniah3355
- Pilih imej online.
- Sila isi Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara, klik Next.
- Tahniah, Anda berjaya mendaftar. Sekarang Anda boleh terus login ke perkhidmatan i-Akaun.
Semakan Penyata KWSP Online
Selepas berjaya aktifkan i-Akaun, sekarang Anda boleh melakukan semakan penyata KWSP secara online.
- Log Masuk i-Akaun.
- Pilih menu My Account > Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya.
- Muat turun penyata KWSP.
Perkhidmatan i-Akaun KWSP
Berikut adalah senarai perkhimdatan yang disediakan i-Akaun KWSP.
- Buat permohonan pengeluaran KWSP.
- Semak status permohonan pengeluaran.
- Semak maklumat berkaitan dengan nomination.
- Buat anggaran yang boleh dikeluarkan dari akaun.
- Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat.
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini.
- Menyemak log aktiviti i-Akaun.
Baca juga semakan status pengeluaran online i-Lestari KWSP.
Maklumat Lanjut
Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Sila hubungi KWSP melalui Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.