Cara Pinjam Kredit Maxis

Cara Pinjam Kredit Maxis SOS Topup Maxis RM3 RM10

Posted on

Jika Anda ingin tahu cara pinjam kredit Maxis dan ingin tahu juga cara hutang kredit SOS Maxis, Anda perlu tahu maklumat berikut ini.

Kerana ini sememangnya satu perkara yang remeh tetapi dalam kecemasan dan pasti akan dirasakan jika kita mahu meminta kredit kepada telco selular.

Tetapi telco selular akan memberi kredit jika Anda telah bersetuju dengan beberapa syarat dan terma yang sudah ada.

Cara Pinjam Kredit Maxis
Cara Pinjam Kredit Maxis

Syarat Pinjam Kredit SOS Maxis

Sebelum hutang kredit SOS, ada beberapa syarat yang perlu Anda penuhi, iaitu:

  • Kad Maxis mesti aktif.
  • Perkhidmatan ini hanya sah untuk pelanggan Maxis.
  • Tablet, MVNO atau pelan-pelan Broadband tidak boleh.
  • Caj perkhidmatan akan dikenakan dari tambah nilai Anda.
  • Pastikan Anda telah mengembalikannya kredit SOS terdahulu.
  • Mencapai tempoh 1 bulan langganan atau lebih.
  • Berdasarkan kelayakan SOS Top Up (Contoh. Tabiat tambah nilai dan pembayaran balik dll.)

Sekarang jika Anda telah bersetuju dengan syarat yang telah dinyatakan di atas. Anda boleh mengikuti untuk mendapatkan kredit SOS maxis dengan menggunakan kod kredit SOS menggunakan telefon dan meminta kredit dengan menghantar SMS.

Cara Pinjam Kredit Maxis

Pinjam Kredit Maxis

Dial *100*4# pada skrin telefon Anda.

  1. Dail *100*4# atau *100*4*5#
  2. Pilih SOS Top Up
  3. Pilih 1 untuk teruskan

Cara Pinjam Kredit Maxis Melalui Red App

Cara Pinjam Baki Kredit Maxis

Download dahulu Red App melalui playstore atau appstore, lepas tu instal dan buka aplikasi Red App.

  1. Tap pada Home untuk melihat baki kredit Anda.
  2. Tap Top Up untuk menambah kredit.
  3. Pilih SOS Top Up/Tambah Nilai.
  4. Pilih amaun SOS yang Anda inginkan.
  5. Secara automatik baki Anda akan dikemaskini.

Cara Stop Langgan SOS Maxis

Mudah saja Anda hanya perlu buat mesej taip STOPSMS hantar ke 20505 atau Hantar OFFAUTO ke 20505 untuk membatalkan langganan.

Bantu kawan Anda dengan share kredit maxis, baca cara share kredit Maxis terbaru

Anda boleh meminta kredit percuma kepada maxis melalui dua kaedah di atas. Walau bagaimanapun, sila lihat syarat dan terma yang berlaku tadi, kemudahan kredit SOS ini hanya boleh digunakan untuk pelanggan aktif.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah beberapa soalan lazim mengenai cara pinjam kredit Maxis.

1. Saya tak boleh gunakan fungsi SOS Top Up, apa perlu buat?

Selain tempoh langganan akaun Maxis, servis SOS Top Up juga tertakluk pada syarat-syarat lain, yang mungkin berubah bila-bila masa.

Kriteria utama termasuk tabiat tambah nilai dan pembayaran balik. Teruskan menambah nilai dengan Maxis untuk layak menggunakan SOS Top Up di masa akan datang.

2. Kenapa tawaran topup saya hanya RM3?

Biasanya jumlah yang ditawarkan adalah berlainan untuk setiap pelanggan, dan bergantung kepada kelayakan mereka yang ditentukan oleh Maxis.

3. Macam mana saya tahu kalau baki telah ditolak daripada kredit saya?

Anda akan menerima SMS pengesahan yang menyatakan jumlah SOS Top Up dan caj perkhidmatan telah ditolak daripada akaun Anda.

4. Boleh ke saya pinjam baki berkali-kali?

Anda boleh meminta seberapa banyak kali yang Anda perlukan, selagi Anda membayar balik baki dan caj servis yang tertunggak.

5. Macam mana cara bayar balik SOS Topup Maxis?

Maxis akan menolak jumlah kredit yang dipinjam daripada tambah nilai seterusnya, berserta dengan caj perkhidmatan, seperti dimaklumkan dalam SMS.