Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata

Posted on

Perkembangan teknologi terkini adalah sejajar dengan peningkatan penggunaan sistem maklumat yang diperlukan dalam semua bidang kehidupan masyarakat.

Penggunaan teknologi mempunyai peranan penting dalam menjalankan aktiviti yang memerlukan kelajuan dan ketepatan masa. Sistem ini sangat penting untuk menyokong pembangunan syarikat yang berterusan, salah satu maklumat yang diperlukan oleh kakitangan awam kerajaan yang berkaitan dengan maklumat penyata gaji.

Maklumat ini sangat penting kerana maklumat tentang penyata gaji membolehkan kakitangan awam kerajaan untuk membuat semakan gaji e-penyata/slip gaji dan juga dapat menjimatkan masa.

Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Akaun Negara Malaysia (ANM) menyediakan e-Penyata gaji secara online dan dapat diakses secara percuma melalui handphone/komputer.

Kakitanagan Awam Kerajaan dapat dengan mudah melihat slip gaji secara real time.

Untuk makluman, sistem E-penyata gaji dapat menyimpan maklumat penyata pendapatan tahunan bagi tempoh 7 tahun sahaja. Sementara untuk maklumat penyata gaji bulanan bagi tempoh 18 sahaja.

Sila untuk Anda sebagai kakitangan awam untuk rajin memuat turun maklumat tersebut ke flashdisk/handphone/komputer Anda untuk kegunaan pada masa hadapan.

Semakan Penyata Gaji Online
Semakan Penyata Gaji Online

Cara Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata

Dahulu untuk mendapatkan penyata gaji secara individu hanya boleh di dapat sekalai sebulan, tapi kini Anda boleh mendapatkan penyata gaji pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan handphone/komputer.

Berikut langkah-langkah membuat semakan penyata gaji secara online.

Cara Daftar E-Penyata Gaji

Daftar e-Penyata GajiBagi Anda yang belum memiliki akaun e-penyata, boleh langsung mendaftar sahaja. Syarat yang mesti disiapkan adalah:

  • No Kad Pengenalan/Pasport
  • Email
  • Nombor Telefon
  • No Gaji

Langkah-langkah daftar E-Penyata GajiRegister Penyata Online Kakitangan Awam

  1. Buka laman Penyata Gaji
  2. Sila masukan kad pengenalan/pasport Anda
  3. Masukan No Gaji
  4. Masukan kata laluan (password)
  5. sahkan kata laluan (confirm password)
  6. Pilih soalan keselamatan
  7. Masukan jawapan Anda
  8. Masukan no handphone (mesti gunakan awalan +6)
  9. Pilih telco yang Anda gunakan
  10. Masukan alamat email
  11. Pilihan cara menerima notifikasi perubahan kata laluan (SMS dan Email)

Ambil Perhatian: Sila masukkan nombor telefon bimbit dan alamat email bagi tujuan reset password. Password sementara akan dihantar ke nombor telefon bimbit dan alamat email yang didaftarkan.

Cara Semak Slip Gaji Online

Sekiranya Anda menggunakan smartphone, sila pasang aplikasi pdf reader didalam telefon pintar Anda terlebih dahulu supaya boleh membaca format PDF dan mengakses dokumen penyata gaji. Anda dapat memuat turun PDF reader di Google Play Store.

Selepas Anda berjaya mendaftar, sekarang Anda boleh mengakases laman Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Sila masukan no kad pengenalan/No. pasport dan kata laluan (password). Pilih menu penyata gaji & laporan.

Sebarang Pertanyaan JANM & Slip Gaji

Sila dapatkan maklumat tambahan dengan membuka dan membaca :

Bila Anda mempunyai sebarang pertanyaan, Anda dapat hubungi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui:

  • Email : maklimbalas@anm.gov.my
  • Telefon : 0388821000
  • Email : epayslip@anm.gov.my

Baca juga cara semak baki pinjaman perumahan secara online

Itulah panduan cara daftar penyata gaji online (e-Penyata) dan cara semakan penyata gaji online Kakitangan Awam. Semoga maklumat yang kami kongsi boleh bermanfaat untuk Anda.