Ramai yang guna pelan postpaid ni sebab nak senang urus bil, nak data yang banyak dan line yang stabil. Tapi bila dah ada beberapa ahli keluarga yang guna line sendiri-sendiri, bil pun boleh jadi makin tinggi.
Tambah pulak kalau ada anak yang guna tablet untuk belajar, suami/isteri yang perlukan data on-the-go, atau mak ayah yang nak kekal berhubung semua tu perlukan line yang berbeza. Bila setiap orang ambik plan sendiri, memang cepat kering dompet.
Sebab tu Maxis perkenalkan Maxis Postpaid Share 48, pelan tambahan yang memang direka khas untuk Anda yang dah ada pelan postpaid utama dan nak share data, call & SMS dengan device lain atau family member. Murah, senang, dan yang paling penting boleh jimat banyak bila semua orang share data dari satu pelan. Jom aku explain satu-satu.
Maxis Postpaid Share 48
Maxis Postpaid Share 48 ni sebenarnya pelan untuk line tambahan (supplementary line). Maksudnya, Anda dah kena ada satu pelan utama (Principal line), lepas tu baru boleh tambah pelan Share 48 ni.
Dengan hanya RM48 sebulan, Anda akan dapat:
- Line kedua (atau ketiga, keempat ikut pelan) untuk kegunaan device lain atau family.
- Data tambahan 50GB (4G/5G) yang akan masuk dalam DataPool pelan utama.
- Panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian.
So kalau Anda ada tablet, smartwatch atau nak bagi mak/ayah guna, boleh lah masukkan SIM Share 48 ni kat device tu. Line ni tarik data dari pelan utama Anda. Jimat dan senang nak urus.
Maxis Postpaid Share 48 Dapat Guna 5G Ke?
Jawapannya: YA, kalau pelan utama Anda adalah dari pelan postpaid baru Maxis iaitu:
- Maxis Postpaid 69, 79, 99, 109, 139 atau 199
Kalau Anda guna pelan lama (contohnya Postpaid 68, 98, 128, 158, 188), Share line Anda tak dapat guna 5G. So kalau nak rasa kelajuan 5G yang padu, Anda kena upgrade dulu pelan utama Anda kat laman Maxis atau guna Maxis App je — cepat dan mudah.
Siapa Yang Boleh Daftar
Plan ni terbuka untuk semua pengguna postpaid Maxis, termasuk:
- Individu biasa
- Pengguna korporat (Corporate Individual)
- SME
- Sektor awam
Tak kisah la Anda baru nak daftar line Maxis, nak pindah dari prepaid ke postpaid, port-in dari telco lain, atau tukar pelan semua boleh daftar. Untuk rakyat Malaysia tak perlu bayar apa-apa deposit.
Tapi untuk bukan warganegara, kena bayar deposit pendaftaran sebanyak RM150. Bayaran ni one-off je masa daftar.
Nota: Kalau Anda tengah guna telefon lama dan rasa nak upgrade ke model baru, boleh juga consider guna program Maxis Trade In untuk dapatkan rebate atau diskaun.
Senang je, bawa telefon lama, nilai trade-in akan ditolak terus dari harga telefon baru yang korang nak ambil.
Banyak Maxis Postpaid Share
Anda kena rujuk pelan utama Anda, sebab setiap pelan ada had share line masing-masing. Contoh:
- Pelan Maxis Postpaid 99 mungkin boleh tambah 2 share line
- Pelan Maxis Family Plan boleh sampai 8 line
Kalau Anda dah capai limit share line, ada dua pilihan:
- Upgrade pelan utama ke pelan yang support lebih banyak share line
- Daftar pelan baru, atau ambil Maxis Family Plan yang datang sekali dengan Maxis Fibre + Home Device
Nak tahu lebih lanjut? Boleh layari: https://store.maxis.com.my/planlist#Family
Nak Tukar Line Tambahan Lama Ke Maxis Postpaid Share?
Boleh je! Kalau Anda ada supplementary line lama yang layak, boleh terus tukar ke Maxis Postpaid Share.
Tapi pastikan pelan utama Anda pun pelan yang support Share Plan ni. Kalau tak, tak jalan.
Dah Aktifkan 5G Access Pass, Lepas Upgrade Pelan Apa Jadi?
Kalau Anda dah aktifkan 5G Access Pass dan lepas tu Anda upgrade ke pelan postpaid baru Maxis, akses 5G tu akan ditamatkan secara automatik dan terus digantikan dengan akses 5G dari pelan baru.
So tak perlu buat apa-apa pun, sistem akan uruskan.
Bagaimana Dengan MISM (Multi-SIM) Service?
MISM yang lama tak boleh dipindahkan ke pelan Maxis Postpaid baru. Tapi kalau Anda perlukan line khas untuk jam tangan atau tablet, Maxis ada Maxis Connect Plans yang lebih sesuai.
Boleh contact Maxis kalau nak tahu lebih lanjut.
Penutup
Kalau Anda ada satu pelan utama dan nak share data + call dengan family atau device lain, Maxis Postpaid Share 48 memang pilihan paling berbaloi:
- Nak bagi anak guna tablet
- Nak mak/ayah ada line tapi tak perlu data sendiri
- Nak semua line dalam satu bil
- Nak jimat & tak perlu topup-topup prepaid
Lagi satu, 50GB tambahan tu boleh jadi pelengkap kolam data utama semua orang boleh kongsi, takde istilah data habis tiba-tiba.
Kalau nak daftar, Anda boleh terus ke mana-mana Maxis Centre, atau buat online je.
Kalau rasa artikel ni membantu, jangan lupa share dengan kawan-kawan yang tengah cari plan jimat untuk family!