Cara Aktifkan Nombor Maxis Expired
Cara Aktifkan Nombor Maxis Expired

Cara Aktifkan Nombor Maxis Expired Tamat Tempoh

Posted on

Adakah sekarang ni nombor Maxis Anda expired? Kalau Anda selalu guna nombor Maxis, mesti pernah dengar kan kalau ada nombor orang lain yang tak aktif dalam tempoh yang lama, ianya akan expired atau tamat tempoh. Tapi sebenarnya apa maksud expired ni?

Expired dalam konteks nombor telefon bermaksud nombor Anda dah tak boleh digunakan lagi. Contohnya, kalau Anda tak topup atau guna nombor tu dalam masa yang lama, nombor Maxis Anda akan expired dan tak boleh guna lagi. Nombor Anda tak boleh buat panggilan, terima panggilan atau pun hantar SMS.

Kenapa nombor Maxis expired? Sebenarnya, ini adalah satu langkah yang diambil oleh syarikat telekomunikasi untuk menjaga kepentingan pengguna dan syarikat.

Syarikat telekomunikasi atau telco perlu mengambil tindakan ini supaya nombor yang dah lama tak aktif tu tak digunakan oleh orang lain tanpa kebenaran pemilik asal.

Sebab tu, kalau nombor Anda dah expired, Anda kena daftar semula atau pun dapatkan nombor baru dari syarikat telekomunikasi.

Cara Aktifkan Nombor Maxis Expired
Cara Aktifkan Nombor Maxis Expired

Cara Aktifkan Nombor Maxis Expired

Berikut ni kami nak kongsi tips untuk pengaktifan semula nombor Maxis yang dah expired atau tamat tempoh. Kalau Anda punya nombor Maxis yang dah lama tak aktif, jangan risau.

Anda masih boleh gunakan semula nombor tu dengan beberapa langkah mudah.

Hotline Maxis

Pertama sekali sila hubungi hotline Maxis ataupun Customer Service Maxis, langkah ini perlu dilakukan untuk mendapatkan status nombor telefon Anda sama ada boleh diaktifkan atau tidak.

Anda boleh hubungi Maxis melalui:

  1. Laman Facebook: https://www.facebook.com/maxis
  2. Whatsapp : +60123451123
  3. No Tel: 1 800 82 1123

Khidmat pelanggan Maxis ini beroperasi daripada 9 AM – 12 AM, 7 hari seminggu.

Lepas Anda mengetahui mengenai status terkini nombor available, kebiasaannya pihak Maxis akan menasihatkan Anda untuk pergi ke Maxis centre terdekat untuk pengaktifan nombor semula.

Pengaktifan No Maxis Tamat Tempoh di Kaunter

Lepas Anda call khidmat pelanggan Maxis (customer service) dan Anda telah dapatkan status terkini nombor telefon boleh diaktifkan semula.

Seterusnya Anda perlu ikuti step berikut:

  1. Pergi ke kaunter Maxis terdekat yang terletak di pusat membeli-belah atau kawasan perniagaan yang berdekatan dengan tempat Anda tinggal. Pastikan Anda bawa dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan atau passport.
  2. Lepas tu tanya staff Maxis yang bertugas untuk aktifkan semula nombor Maxis Anda. Staff tu akan bagi borang permohonan yang perlu Anda isi. Pastikan maklumat yang Anda isi dalam borang tu betul dan lengkap.
  3. Selepas Anda isi borang permohonan, staff Maxis akan beritahu yuran pengaktfian semula yang perlu dibayar. Pastikan Anda bayar yuran tu mengikut harga yang ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi.
  4. Selepas Anda bayar yuran tu, staff Maxis akan proses permohonan Anda dan aktifkan semula nombor Maxis Anda. Biasanya, proses ni akan ambil masa beberapa minit sahaja.
  5. Setelah staff Maxis aktifkan semula nombor Maxis Anda, Anda kena topup nombor tu dengan jumlah minimum yang ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi. Contohnya, kalau Anda guna nombor Maxis, Anda perlu topup dengan jumlah minimum RM30 selepas daftar semula nombor tu. Topup ni boleh buat di kaunter Maxis atau pun mesin ATM.

Lepas settle semua urusan nak aktifkan, Anda kena relax jap tunggu diorang proseskan. Anda kena tunggu dalam 7 hari waktu bekerja untuk pastikan nombor phone Anda boleh guna dengan sempurna.

Jangan risau, tak payah tukar simkad sebab Anda boleh guna simkad lama je. Caranya senang, masukkan simkad Maxis dalam phone dan on je.

Soalan Lazim

Berikut ni soalan lazim yang boleh membantu selesaikan masalah Anda.

1. Kalau dah expired lebih dari 4 bulan ada harapan lagi ke untuk dapatkan nombor saya?

Tiada. Memang tak ada harapan.

2. Nombor maxis saya dah terminate sebab lupa topup, Maxis suruh tukar postpaid betul ke?

Betul, Anda kena tukar plan prepaid ke Postpaid untuk dapatkan semula nombor tu. Sila baca cara beli internet Maxis.

3. Kena bawa apa je ya, waktu pergi pengaktifan nombor di Maxis centre ?

Anda hanya perlu bawa kad pengenalan sahaja.

4. Sekarang boleh activate kan nombor prepaid tanpa tukar ke postpaid?

Tukar ke postpaid baru boleh Anda lakukan lepas stay 6 bulan, sekarang ini memang perlu tukar ke postpaid dahulu baru boleh bertukar ke prepaid.

5. Boleh tak saya guna kan baki di dalam account saya untuk aktif kan simkad yang dah tamat tempoh?

Tak boleh. Kena selesaikan dahulu urusan pengaktifan nombor sebab kredit dalam akaun tu beza hal.