Cara Daftar Langgan Maxis Home Fibre Coverage Switch

Posted on

Sekarang ini, internet telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan harian kita. Daripada bekerja dari rumah, berkomunikasi dengan rakan-rakan, hingga mencari maklumat terkini, internet telah meresap ke dalam setiap aspek kehidupan kita.

Oleh itu, pilihan penyedia perkhidmatan internet adalah keputusan penting yang perlu diambil dengan bijak.

Salah satu pilihan yang semakin popular adalah Maxis Home Fibre yang menawarkan kelajuan sehingga 800Mbps.

Mari kita lihat lebih dekat kelebihan yang ditawarkan oleh Maxis, coverage dan cara daftar atau langgan Maxis Home Fibre.

Maxis Home Fibre
Maxis Home Fibre

Kelebihan Maxis Home Fibre

Dengan Maxis Home Fibre, Anda dapat menikmati kelajuan internet yang sangat pantas.

Ini bermakna Anda dapat memuat turun fail besar, strim video dalam HD tanpa sebarang gangguan, dan menjalankan pelbagai aktiviti dalam talian dengan lancar.

Selain itu Maxis Home Fibre menawarkan pelbagai pilihan pelan yang sesuai dengan keperluan dan budget Anda.

Anda boleh memilih pelan yang paling sesuai dengan bilangan pengguna dan jenis penggunaan internet di rumah Anda.

Maxis dikenali dengan sokongan pelanggan yang baik. Sekiranya Anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, pasukan sokongan mereka sentiasa bersedia untuk membantu.

Broadband Plans Home Fibre Maxis

Beberapa plan Maxis Home Fibre termasuk pemberian peranti secara percuma, seperti router moden berkualiti tinggi untuk memastikan kelajuan internet yang optimum di rumah Anda.

Maxis Home FibreHargaKelebihanData
800MbpsRM299Ultimate high speed-internet for everyone and everythingUnlimited
500MbpsRM219Perfect for medium-sized families for work and playUnlimited
300MbpsRM149Ideal for small families for 4K streaming and gamingUnlimited
100MbpsRM129Suitable for full HD streaming and browsingUnlimited
30MbpsRM89Good for working from hime and streamingUnlimited

Maxis Fibre Coverage

Sebelum membuat keputusan, Anda boleh check cakupan Maxis Home Fibre di kawasan Anda.

Pemeriksaan cakupan boleh dilakukan di laman web mereka Maxis.

Berikut adalah cara check coverage Maxis yang mesti Anda ikuti:

  1. Taipkan alamat atau klik pautan https://www.maxis.com.my/ms/broadband/coverage/ di bar alamat pelayar web dan tekan Enter.
  2. Masukkan alamat rumah atau lokasi yang ingin Anda semak.
  3. Selepas memasukkan alamat, klik butang Carian. Maxis Coverage
  4. Web akan memproses permohonan Anda dan mengemaskini paparan dengan status liputan untuk kawasan yang dimasukkan.
  5. Anda akan melihat hasil semakan yang menunjukkan sama ada kawasan yang dimasukkan mempunyai liputan atau tidak.
  6. Jika kawasan tersebut mempunyai liputan, Anda mungkin akan melihat maklumat tambahan seperti kelajuan yang ditawarkan dan pelan-pelan yang sesuai.
  7. Selesai.

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, Anda dapat dengan mudah memeriksa liputan Maxis di kawasan Anda.

Pastikan Anda memasukkan alamat dengan betul untuk mendapatkan hasil yang tepat.

Cara Daftar Maxis Home Fibre

Sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas dan menetap dalam kawasan Maxis boleh melanggan Maxis Home Fibre.

Bagi warga asing, Maxis akan mengutip deposit yang akan dikembalikan sebanyak RM300 semasa mendaftar.

Dalam usaha untuk membuat hidup Anda lebih mudah, Maxis menawarkan beberapa saluran untuk mendaftar Maxis Home Fibre. Berikut adalah saluran yang boleh Anda guna:

  • Maxis Centre: Kalau Anda suka jumpa muka dengan orang, bolehlah datang terus ke Maxis Centre yang berdekatan dengan kawasan Anda. Mereka akan bantu Anda dari A sampai Z.
  • Maxis Exclusive Partners: Ada juga Maxis Exclusive Partners yang bekerjasama dengan Maxis untuk membantu Anda. Cari partner yang berdekatan dengan kawasan Anda dan terus berjumpa dengan mereka.
  • Authorized Resellers: Kalau rasa nak senang je, cari Authorized Resellers yang akan membantu Anda dengan proses pendaftaran. Banyak je Authorized Resellers yang bersedia untuk assist Anda.
  • Laman Web Rasmi Maxis: Kalau tak nak penat keluar rumah, Anda boleh daftar terus di laman web rasmi Maxis. Caranya senang je, masuk laman web https://www.maxis.com.my/ dan cari bahagian pendaftaran Home Fibre.
  • Panggilan Telefon: Boleh juga call Maxis di nombor mereka untuk bincang dengan wakil Maxis yang mesra 1 800 82 1123.

Switch to Maxis Fibre

Kalau Anda dah muak dengan internet yang lembap dan tak menentu, tiba masanya untuk beralih ke Maxis Home Fibre yang menawarkan kelajuan tinggi.

Apa lagi yang perlu Anda buat? Nah, Anda tak payah risau. Kami akan tunjukkan cara tukar ke Maxis Home Fibre dalam 3 langkah mudah.

Langkah 1: Semak Ketersediaan Maxis Home Fibre di Kawasan Anda

Sebelum apa-apa, pastikan dulu Maxis Home Fibre ada dalam kawasan Anda. Caranya senang je:

  1. Semak ketersediaan Maxis Home Fibre di kawasan Anda gunakan ciri Maxis Fibre Coverage.
  2. Masukkan maklumat kawasan rumah Anda.
  3. Klik butang Carian dan tunggu seketika.
  4. Laman web akan tunjukkan sama ada Maxis Home Fibre ada dalam kawasan Anda atau tidak.

Langkah 2: Pilih Cara Pendaftaran

Lepas tahu Maxis Home Fibre ada dalam kawasan, Anda boleh pilih cara pendaftaran yang paling sesuai:

  1. Kalau Anda suka urusan bersemuka, bolehlah datang terus ke Maxis Centre berhampiran atau ke mana-mana pembekal yang sah.
  2. Kalau Anda lebih suka urusan dalam talian, isi borang pendaftaran di laman web https://www.maxis.com.my/en/broadband/maxis-fibre/ dan tunggu panggilan dari Maxis.
  3. Bila dah pilih cara pendaftaran, langgan pelan Maxis Home Fibre yang sesuai dengan keperluan Anda. Jangan risau, pelbagai pilihan pelan ada untuk Anda pilih.
  4. Selepas langganan, proses pemasangan Maxis Home Fibre dijangka siap dalam 14 hari bekerja. Tak lama pun, kan?

Langkah 3: Tukar dari Penyedia Perkhidmatan Sedia Ada

Kalau Anda dah langgan Maxis Home Fibre, tiba masa nak tukar dari penyedia perkhidmatan sedia ada. Ikuti langkah berikut:

  1. Datang ke penyedia perkhidmatan sedia ada yang Anda langgan sekarang.
  2. Mohon untuk pindah kepada Maxis Home Fibre. Berikan butiran yang diperlukan.
  3. Pastikan segala baki termasuk yuran pindah dan yuran penamatan awal (jika ada) dijelaskan dalam masa 10 hari selepas pesanan Maxis Home Fibre dihantar.

Ingat, jangan menamatkan perkhidmatan internet sedia ada sebelum pemasangan Maxis Home Fibre selesai.

Ini adalah untuk memastikan Anda tak terputus dari perkhidmatan internet semasa proses pindah berlangsung.

Installation Maxis Home Fibre

Pasukan Maxis akan menghubungi Anda dalam masa 48 jam selepas pendaftaran Anda untuk menetapkan tarikh pemasangan.

Installation Maxis Home Fibre

Anda boleh memilih tarikh dan masa pilihan Anda berdasarkan slot pasukan Maxis yang tersedia semasa mendaftar.

So, pastikan pemasangan Anda hendaklah dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran Anda.

Sebelum itu, Anda akan menerima panggilan 4 hari sebelum pemasangan dan peringatan melalui SMS 1 hari sebelum pemasangan.

Pada hari pemasangan, pasukan Maxis akan menghubungi Anda 1 jam sebelum pemasangan.

Sekiranya Anda nak upgrade plan, Anda boleh menghubungi atau datang ke Pusat Maxis terdekat Anda untuk menaik taraf pelan Home Fiber Anda.