Cara Tukar ke Celcom Digi Kekalkan Nombor Lama
Cara Tukar ke Celcom Digi Kekalkan Nombor Lama

Cara Tukar ke Celcom Digi Kekalkan Nombor Lama Anda

Posted on

Kadang dah bosan dengan servis telco lama line asyik tak stabil, bil pula melambung tapi servis tak seberapa. Lagi geram bila tengah urgent, tiba-tiba data slow atau panggilan tak clear. Bila kena macam ni, kita pun mula terfikir nak tukar ke telco lain yang lebih mantap. Tapi masalahnya, Anda takut nombor telefon berubah sebab itu nombor yang dah lama guna, banyak guna untuk urusan kerja dan keluarga.

Sebenarnya, Anda boleh je tukar ke Celcom Digi dan kekalkan nombor lama tanpa masalah. Nama proses ni port-in, dan ia memang sah dan mudah dibuat. Tak payah susah-susah inform semua orang yang nombor Anda dah tukar.

Tapi sebelum terus isi borang port-in, Anda kena tahu beberapa benda penting supaya proses ni smooth dan tak sangkut tengah jalan. Dalam artikel ni, aku akan guide satu per satu dari awal sampai Anda berjaya guna SIM baru Celcom Digi. Yang penting, ikut je langkah dengan betul. Senang je, tak pening pun.

Sebelum Port-In ke Celcom Digi

Sebelum nak port-in, pastikan Anda tick semua checklist ni dulu. Kalau terlepas satu pun, proses boleh sangkut atau tolak mentah-mentah.

1. Nombor Aktif

  • Pastikan nombor Anda masih aktif. Kalau pakai pelan prabayar, kena ada kredit aktif juga. Kalau nombor dah expired, memang tak boleh port-in.

2. Settle Semua Tunggakan

  • Kalau Anda masih ada bil tertunggak atau kontrak belum habis dengan telco lama, cepat-cepat setel dulu. Kalau tak, sistem akan tolak request port-in Anda.

3. Sahkan Pemilik Nombor

  • Nombor tu wajib berdaftar atas nama Anda sendiri. Kalau bukan nama sendiri, tak lepas port-in.

Nak semak nama pemilik nombor boleh ikut arahan ni:

  • Maxis: Hantar SMS CHECK <space> 601XXXXXXXX ke 22011
  • U Mobile: Hantar SMS Verify <space> [No IC] ke 28011

Pilih Pelan Celcom Digi

Bila semua dah setel, bolehlah pilih pelan yang sesuai. Celcom Digi ada banyak pelan best, bergantung pada Anda nak prepaid atau postpaid.

Contoh pelan yang popular:

  • Postpaid 5GB RM80
  • Postpaid 5G RM100
  • Prepaid 5G NX25 – 40GB data
  • Prepaid 5G NX35 – 100GB data

Kalau jenis heavy user dan suka tengok video, main game atau kerja dari phone, ambil yang data besar tu terus. Tak perlu top-up setiap minggu.

Proses Port-In Celcom Digi – Step By Step

Dah pilih pelan? Jom tengok pula cara tukar ke Celcom Digi kekal nombor lama. Benda ni Anda boleh buat sama ada di kedai ataupun secara online.

Kalau buat online, lagi jimat masa, duduk rumah tunggu je SIM sampai.

1. Terima SIM Celcom Digi

  • Untuk Semenanjung Malaysia, SIM akan sampai dalam 3 hari bekerja.
  • Untuk Sabah, Sarawak & Labuan, ambil masa minimum 4 hari.
  • SIM tu akan aktif secara automatik bila dah sampai ke tangan Anda.

2. Balas SMS Pengesahan Dari Telco Lama

  • JANGAN terus masukkan SIM baru dulu!
  • Tunggu SMS dari telco lama Anda. Mereka akan tanya nak pindah ke telco baru ke tak.
  • Kalau ada line tambahan, pastikan semua nombor tu pun balas ikut arahan (jika ada).

Anda wajib balas SMS ikut arahan, dan kena balas dalam masa yang ditetapkan.

  • U Mobile: Balas PortOut Yes 601XXXXXXXX
  • Maxis: Balas PortOut Yes 601XXXXXXXX

3. Masukkan SIM Celcom Digi

Bila nombor lama dah terputus sambungan, maksudnya port-in berjaya.

Anda dah boleh masukkan SIM baru Celcom Digi dan mula guna line baru tapi dengan nombor lama Anda.

Berapa Lama Proses Tukar ke Celcom Digi Ambil Masa?

Lepas submit permohonan, biasanya ambil masa dalam 48 jam bekerja (8:00 pagi – 10:00 malam, Isnin hingga Ahad). Tapi kalau Anda buat masa cuti umum, mungkin ambil masa sedikit panjang.

Untuk port-in online, proses bermula selepas Anda terima SIM. Jadi pastikan alamat penghantaran betul masa isi borang permohonan.

Tips Untuk Pastikan Port-In Berjaya

  • Masa isi maklumat, pastikan nama dan IC Anda sama macam daftar nombor lama.
  • Kalau pernah tukar nombor ke telco lain sebelum ni, sistem mungkin lambat sikit. Sabar je.
  • Jangan cuba buat port-in semasa nombor Anda tengah tak aktif — confirm gagal.
  • Kalau port-in tak lepas, Anda akan dapat notifikasi kenapa gagal. Boleh cuba balik selepas perbetulkan apa yang kurang.

Jadi itulah dia, cara tukar ke Celcom Digi kekal nombor lama (port-in) dengan mudah dan lengkap. Tak susah pun sebenarnya, asalkan Anda ikut je langkah yang aku dah kongsi tadi.

Sekarang Anda dah boleh dapat coverage yang lebih stabil, pelan yang lebih jimat, dan servis customer yang padu semua ni sambil kekalkan nombor lama Anda. Kalau rasa dah sampai masa untuk buat perubahan, jangan tunggu lama-lama. Lagi cepat tukar, lagi cepat hidup tenang.