Ramai pengguna Maxis bila dah terminate atau tak guna nombor lama, dia orang ingat semuanya dah selesai. Tapi sebenarnya, dalam akaun lama tu mungkin masih ada baki deposit atau lebihan bayaran yang Anda dah buat sebelum ni. Selagi duit tu tak dituntut, ia akan terus duduk dalam sistem Maxis, dan Anda takkan tahu pun unless Anda check atau diberitahu.
Masalahnya, bukan semua orang sedar benda ni. Dah bertahun-tahun tak pakai nombor tu, tiba-tiba dapat tahu ada baki lebih RM30 dalam akaun lama. Tapi bila nak claim, ramai blur nak mula dari mana? Kena call ke? Boleh bagi bank orang lain ke? Cepat ke proses dia? Semua ni boleh buat pening kepala kalau tak tahu flow yang betul.
Maxis sebenarnya ada sediakan satu borang khas yang dipanggil Maxis Refund Request Form, borang ni lah yang Anda kena isi untuk tuntut balik duit Anda yang tertinggal dalam akaun Maxis lama tu.
Sama ada akaun tu atas nama Anda sendiri atau Anda pernah guna sebelum ni, asalkan layak dan ikut syarat, Anda boleh dapatkan balik duit tu. Jom saya tunjuk step-by-step, cara nak buat permohonan refund ni sampai duit masuk balik ke akaun bank Anda.
Maxis Refund Request
Maxis Refund Request ni adalah satu borang khas yang disediakan oleh Maxis untuk pelanggan yang ada lebihan bayaran (lebih RM30) atau deposit dalam akaun lama mereka.
Maksudnya, kalau Anda pernah terminate nombor Maxis dan ada duit lebih yang belum dituntut, boleh isi borang ni untuk claim semula.
Proses refund ni boleh dibuat melalui:
- Telegraphic Transfer (TT) untuk bank dalam dan luar negara,
- DuitNow, atau
- Pemindahan kredit ke akaun aktif/deaktif yang lain dalam nama yang sama.
Kelayakan
Borang refund ni terbuka untuk semua pemilik akaun Maxis yang:
- Sekarang ni dah tak aktif guna akaun tu (akaun terminate),
- Ada deposit atau duit lebih dari RM30 dalam akaun tu,
- Sama ada pelanggan tempatan atau warga asing, dua-dua boleh apply.
Tapi yang penting, permohonan hanya boleh dibuat oleh pemilik akaun yang berdaftar sahaja. Tak boleh nak tolong buat untuk orang lain walaupun dia adik, suami, isteri, atau kawan baik sekalipun.
Maxis tak benarkan refund masuk ke akaun pihak ketiga. Maksudnya, kalau akaun lama atas nama Anda, duit refund hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun bank yang atas nama Anda juga.
Ini untuk jaga keselamatan maklumat dan elakkan penipuan, ikut undang-undang PDPA (Akta Perlindungan Data Peribadi).
Kalau Anda ada akaun Maxis lain (sama ada aktif atau dah terminate juga), Maxis galakkan untuk transfer duit tu ke akaun yang berkaitan jadi tak payah tunggu refund masuk bank, lebih cepat dan senang.
Maxis refund request dibuka untuk pelanggan luar negara juga, selagi akaun tu berdaftar dan ada lebihan bayaran yang boleh dituntut.
Mata Wang Untuk Refund
Anda boleh mohon refund dalam kebanyakan mata wang, kecuali tiga ni:
- Chinese Renminbi (RMB)
- New Taiwan Dollar (TWD)
- Korean Won (KRW)
Kalau Anda guna mata wang ni, Maxis akan convert ke USD untuk proses refund.
Lama Proses Refund Maxis
Lepas Anda submit borang refund tu, Maxis akan hubungi Anda dalam tempoh 7 hari bekerja untuk pengesahan. Lepas tu:
- Refund ke bank tempatan akan siap dalam 14 hari bekerja.
- Untuk bank luar negara, bergantung kepada bank penerima dan proses mereka.
Kalau dah lebih dari masa yang dijanjikan dan masih tak dapat refund, Anda boleh terus hubungi Maxis melalui:
- 123 (kalau guna nombor Maxis atau Hotlink)
- 1-800-82-1123 (kalau guna talian tetap atau nombor selain Maxis)
Tak Boleh Request Refund Melalui Call
Sebab nombor akaun bank dikira sebagai data peribadi sensitif, dan di bawah undang-undang PDPA, Maxis tak dibenarkan ambil maklumat tu melalui panggilan.
Semua permohonan kena dibuat melalui borang rasmi je.
Semua maklumat yang Anda isi dalam borang refund tu dilindungi dan selamat. Maxis dah letakkan pelbagai langkah keselamatan dan mematuhi sepenuhnya Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
Nota: Kalau Anda tengah survey pelan yang boleh share kuota internet dengan family atau housemate, boleh juga consider Maxis Postpaid Share 48 ni harga pun okay, dan sesuai untuk yang guna banyak data secara berkumpulan.
Cara Isi Borang Maxis Refund Request
Nak isi borang ni senang je, Anda cuma perlu:
- Dapatkan borang refund dari website rasmi Maxis atau contact mereka untuk link.
- Isi semua maklumat lengkap termasuk: Nama penuh, Nombor akaun lama, Nombor IC/passport dan Maklumat bank untuk refund.
- Hantar semula borang tu melalui saluran yang disediakan (biasanya email atau upload terus di portal Maxis).
- Tunggu pengesahan dari pihak Maxis dalam 7 hari bekerja.
Penutup
Kalau Anda pernah terminate nombor Maxis dan tak pasti ada duit lebih ke tak, elok Anda semak semula. Mana tahu ada rezeki lebih RM30 atau lebih yang boleh dituntut balik.
Tak payah susah hati, proses refund ni mudah je asalkan ikut langkah yang betul.
Lepas baca ni, jangan tangguh lagi isi je borang Maxis Refund Request tu sekarang kalau Anda rasa ada duit Anda yang belum dituntut dalam sistem Maxis. Duit tu hak Anda, jangan biarkan terus terperap.
Kalau nak info lanjut, boleh terus ke laman rasmi Maxis atau call nombor yang saya senaraikan tadi.