Cara Tukar Celcom Postpaid ke Prepaid
Cara Tukar Celcom Postpaid ke Prepaid

Cara Tukar Celcom Postpaid ke Prepaid No Telefon Asal

Posted on

Celcom Postpaid tu sebenarnya macam bayar pas bila guna, tak payah risau pasal topup atau tambah kredit.

Anda guna dulu, baru bayar bulan depan. Macam guna kredit tapi bayar lepas, tapi tak perlu risau tentang topping up.

Tapi bila guna lebih dari plan yang Anda pilih, tu la kena bayar lebih sikit. Tapi lagi senang, tak perlu risau tentang topping up setiap kali nak call atau guna data.

Bila Anda dah penat ke belakang bayar bil bulan-bulan untuk telefon postpaid?

Nak tahu tak, sebenarnya ada cara lagi senang dan jimat untuk terus enjoy servis telefon tanpa perlu stress dengan bil bulan-bulan.

Jom kita bincang pasal macam mana cara tukar Celcom postpaid ke prepaid yang betul dan mudah.

Cara Tukar Celcom Postpaid ke Prepaid
Cara Tukar Celcom Postpaid ke Prepaid

Kenapa Nak Tukar Ke Prepaid?

Ada beberapa sebab kenapa Anda patut pertimbangkan untuk tukar dari postpaid ke prepaid:

  • Jimat Duit: Dengan prepaid, Anda hanya perlu topup mengikut keperluan. Tak payah bayar bil tetap tiap bulan. Memang sesuai bagi yang nak kawal bajet.
  • Tiada Kontrak: Postpaid biasanya melibatkan kontrak untuk tempoh tertentu. Dengan prepaid, Anda bebas tukar mana-mana masa tanpa penalti.
  • Fleksibiliti: Prepaid memberi lebih banyak fleksibiliti. Anda boleh tukar pelan data, panggilan, dan SMS ikut keperluan bulanan.
  • Kawalan Penggunaan: Prepaid membolehkan Anda kawal penggunaan data dan kredit. Kalau nak elak terlebih guna, prepaid adalah pilihan bijak.

Syarat Penukaran Celcom Postpaid ke Prepaid

Sebelum tukar ke prepaid, ada a few things yang perlu Anda ingat:

  • Penukaran ni, tak boleh direct dari postpaid ke prepaid kat Celcom. Sebab based on term Celcom, so Anda kena tukar telco lain dahulu macam Maxis, Digi, Umobile ataupun TuneTalk.
  • Pastikan nombor Anda aktif dan tak dalam tempoh mati.
  • Semak coverage Celcom dekat kawasan Anda. Takkan nak guna prepaid tapi line takde kan?
  • Kalau Anda ada kontrak, pastikan kontrak tu dah tamat baru tukar ke prepaid.

Cara Tukar Ke Prepaid ke Postpaid

Cara untuk tukar postpaid ke prepaid mudah sebenarnya, cuma Anda tak boleh direct tukar melalui Celcom.

Kami tunjuk langkah demi langkah macam mana nak tukar postpaid ke prepaid tanpa bertukar ke nombor baru / mengekalkan nombor lama:

  1. Pertama sekali, pastikan kontrak postpaid Anda dah tamat atau takde caj penalti kalau nak terminate awal. Kalau dah tamat, proceed je ke langkah seterusnya.
  2. Pergilah ke cawangan Digi terdekat. Kenapa Digi? Sebab nak tukar pun free je.
  3. Cakap dengan staff Digi yang bertugas yang Anda nak tukar nombor Celcom postpaid ke Digi prepaid.
  4. Staff Digi akan minta Anda isi borang premohonan. Isi lah semua maklumat yang diperlukan. Jangan lupa bawak IC ye.
  5. Langkah ni penting, jangan tukar dulu simkad, sila tunggu Digi bagi SMS / Message bahawa permohonan telah berjaya baru tukar. SMS atau message ni akan Anda terima dalam masa 24 jam.
  6. Kalau simkad Digi Anda dah di aktifkan, sekarang Anda kena pergi ke cawangan Celcom untuk tukar Digi prepaid ke Celcom prepaid.

Bila dah siap semua, Anda boleh topup dan mula guna servis prepaid tu. Baca ni, cara beli internet Celcom murah.

Tukar dari Celcom postpaid ke prepaid memang berbaloi. Jimat duit, takde kontrak mengikat, dan lebih fleksibel.

Langkah-langkahnya pun tak susah sangat. So, kalau Anda dah rasa lelah nak bayar bil bulan-bulan, prepaid adalah pilihan terbaik.