i-Lestari KWSP
i-Lestari KWSP

i-Lestari KWSP

Posted on

Adakah Anda tahu bahawa sekarang semakan status permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP akaun 2 boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi KWSP.

Portal KWSP juga membolehkan Anda sebagai pengguna untuk:

  • Membuat permohonan.
  • Menyemak permohonan.
  • Merujuk panduan pengguna.
  • Merujuk set soalan lazim (FAQ).

Berapa amaun pengeluaran i-Lestari yang boleh dikeluarkan? Pengeluaran yang boleh dibuat iaitu sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan.

Mengapa hanya boleh RM500 sahaja ? Kerana hal tersebut tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Namun jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

i-Lestari KWSP
i-Lestari KWSP

Kelayakan Pengeluaran i-Lestari KWSP

Siapa yang layak memohon i-Lestari? Kriteria dibawah ini layak untuk memohon i-Lestari:

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia.
  2. Berumur di bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Permohonan i-Lestari KWSP

Bagaimana nak mohon pengeluaran iLestari KWSP? Ada 3 cara yang boleh Anda gunakan, sila lihat maklumat dibawah:

  • Secara online melalui portal KWSP e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli).
  • Secara e-mel kepada: ilestarimohon@epf.gov.my
  • Secara hantaran pos kepada :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan
46720, Petaling Jaya
dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat

Kami syorkan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (online) sebab permohonan secara talian dapat mempercepat proses kelulusan.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Sebelum membuat permohonan secara online, ahli harus mempunyai i-Akaun terlebih dahulu.

Berikut kami kongsikan bagaimana nak daftar i-Akaun KWSP terkini.

  1. Sila pergi ke Pejabat atau kios KWSP terdekat untuk dapatkan ID dan kata laluan sementara.
  2. Selepas Anda mempunyai ID pengguna dan kata laluan sementara, layari www.kwsp.gov.my
  3. Klik Log Masuk, seterusnya gunakan ID & kata laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
  4. Baca Term dan Conditions tandakan bahawa Anda bersetuju, klik Next.
  5. Seterusnya Anda perlu buat ID Pengguna, Kata Laluan, Online Image, dan Frasa Rahsia Anda, klik Next.
  6. Sekiranya pengaktifkan selesai, Anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin Anda.
  7. Log masuk dengan maklumat akaun baru Anda.
  8. Kini Anda boleh membuat permohonan i-Lestari melalui e-Pengeluaran KWSP.

Permohonan Baharu iLestari Online

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari Online

Sebelum membuat permohonan baharu pastikan Anda memenuhi syarat dibawah ini:

  • Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.
  • Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
  • Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan.
  • Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit yang didaftarkan dalam permohonan sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat.
  • Anda disarankan untuk membuat permohonan Anda melalui i-Lestari Online.

Cara Buat Permohonan Baru

  1. Layari https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Pilih Permohonan Baharu.
  3. Sila isi borang permohonan online dengan betul.Permohonan Baharu iLestari KWSP
  4. Tandakan √ untuk bersetuju, klik saya bukan robot. Klik butang Hantar.

Semakan Status Permohonan iLestari Online

Semakan Status Permohonan iLestariSelepas Anda membuat permohonan pengeluaran i-Lestari, Anda mungkin ingin tahu status permohonan diluluskan atau tidak sila buat semakan secara online.

Note: Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh 2 hari selepas permohonan.

  1. Layari laman https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Pilih Semak Status Permohonan.
  3. Masukkan Nombor MyKad, Nombor Telefon Bimbit dan tekan Semak.
  4. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan.

Soalan Lazim i-Lestari KWSP

Berikut adalah senarai pertanyaan yang ramai korang tanyakan mengenai i-Lestari KWSP.

Bolehkah saya memohon jika suami / isteri telah diluluskan pengeluaran ini?
Ya anda layak memohon walaupun terdapat ahli keluarga telah memohon pengeluaran yang sama.

Bagaimana jika baki Akaun 2 kurang RM500?
Ahli masih layak memohon bergantung kepada baki simpanan anda. Had maksimum adalah RM500. Minimum RM50.

Adakah ahli yang berumur 55 tahun ke atas layak memohon pengeluaran i-Lestari?
Tidak. Bayaran akan terhenti apabila ahli mencapai umur 55 tahun.

Bolehkah saya memohon jika sudah lama tidak bekerja?
Ya ahli boleh memohon jika memenuhi syarat dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP.

Maklumat Lanjut

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi melalui:

e-mel ke : ilestari@epf.gov.my atau hubungi 03-8922 6000.

Atau layari portal rasmi https://ilestari.kwsp.gov.my

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Semoga perkongsian diatas dapat bermanfaat untuk Anda.