Cara Atasi Kenapa Line Celcom Slow E Tak Dapat Pakai

Posted on

Anda sedang mengalami masalah line Celcom yang lembab kan (line E)? Geram tak sudah, buat masa tengah nak layan video streaming tetiba buffering teruk, nak buat panggilan penting tiba-tiba line terputus, haish!

Di bawah ni, kami akan kongsikan beberapa cara untuk mengatasi masalah kenapa line Celcom slow. Jom kita tengok apa yang Anda boleh buat.

Cara Atasi Line Celcom Slow
Cara Atasi Line Celcom Slow

Maksud Line Celcom

Line Celcom ni merujuk kepada rangkaian telekomunikasi yang diberikan oleh syarikat Celcom Axiata Berhad.

Syarikat ni adalah salah satu daripada penyedia perkhidmatan rangkaian telefon di Malaysia.

Maksudnya, Celcom ni salah satu daripada yang punya network besar-besar tu.

Jadi, bila kita cakap line Celcom, maksudnya ialah sambungan telefon dan internet yang kita guna yang datang daripada Celcom.

Fungsi Line Celcom

Line Celcom mempunyai beberapa fungsi utama yang pasti Anda selalu guna:

  • Telefon Bimbit (Mobile Phone) Line Celcom membolehkan Anda buat panggilan dan terima panggilan dari telefon bimbit Anda. Maksudnya, bila kawan-kawan atau family call Anda, line Celcom yang membolehkan suara Anda sampai ke telefon diorang.
  • Internet Mobile Selain tu, line Celcom juga membolehkan Anda access internet di telefon bimbit atau peranti lain yang menyokong. Bila Anda nak scroll social media, check email, atau streaming YouTube, line Celcom yang bagi Anda akses ke dunia maya.
  • SMS dan MMS Ingat tak zaman dulu-dulu kita guna SMS dan MMS? Line Celcom jugak yang tolong hantar dan terima pesanan SMS (Short Message Service) serta MMS (Multimedia Messaging Service) tu.
  • Data Roaming Bila Anda travel ke luar negara, line Celcom juga ada servis data roaming. Maksudnya, Anda boleh guna data internet dalam negara lain dengan bantuan rangkaian Celcom. Tapi ingat, ni kadang-kadang boleh jadi mahal, so kena bijak guna.

Cara Mengatasi Kenapa Line Celcom Slow

Anda tak perlu stress dan frust dengan line Celcom yang lembap.

Cuba langkah-langkah yang kami kongsikan ni agar masalah Anda boleh diatasi.

1. Buang Widget yang Tidak Perlu

Widget ni macam akses cepat untuk aplikasi dalam telefon Anda. Tapi kadang-kadang, banyak widget boleh buat telefon lambat. Jadi, kalau Anda nak buang widget:

  1. Tekan pada widget tu, jangan tarik jari Anda dari skrin.
  2. Tunggu sampai nampak logo tong sampah.
  3. Tarik widget ke arah tong sampah tu.
  4. Widget berjaya dibuang. Kalau nak guna balik, boleh cari dalam Setting Display dalam telefon.

Aplikasi yang tak digunakan pun boleh mempengaruhi kelajuan telefon Anda. So, pastikan Anda buang aplikasi yang Anda tak pernah guna atau jarang guna.

2. Delete Cache

Cache ni macam simpanan sementara dalam telefon Anda. Anda boleh guna cara dibawah ni:

  1. Pergi ke Settings dalam telefon.
  2. Pilih Applications/Apps (bergantung pada jenis telefon Anda).
  3. Cari list aplikasi yang selalu Anda guna, contohnya Instagram, Facebook, Chrome, atau Game online.
  4. Tekan pada aplikasi tu, pilih Storage untuk tengok berapa banyak cache dia guna.
  5. Tekan Clear Cache untuk bersihkan cache (bergantung pada jenis telefon).

Kalau Anda nak lagi senang, Anda boleh guna aplikasi macam App Cache Cleaner untuk bersihkan cache secara automatik.

3. Setting APN Celcom

Anda tahu tak setting internet dalam telefon Anda boleh mempengaruhi kelajuan internet Anda?

Memang betul, Anda boleh try ubah setting APN Celcom internet Anda macam ni:

  1. Pergi ke Settings dalam telefon.
  2. Pilih More.
  3. Cari menu untuk network telefon Anda, macam Mobile networks.
  4. Pilih Preferred network type (bergantung pada jenis telefon).
  5. Dalam Preferred network type, pilih jenis Internet yang Anda nak.
  6. Cuba dulu 5G. Kalau takde signal, tukar kepada 3G/4G LTE.
  7. Pastikan lepas habis guna internet, tukar semula setting kepada automatik.

4. Reset Sambungan Internet

Ni salah satu trick yang boleh membantu. Aktifkan Airplane Mode dalam telefon Anda untuk beberapa saat, lepas tu disable balik.

Benda ni kadang-kadang boleh bantu telefon mencari semula sinyal dengan lebih efektif.

Kalau Anda rasa line Celcom Anda masih slow, Anda boleh reboot atau restart telefon Anda.

5. Cuba SIM Card di Telefon Lain

Salah satu cara untuk tahu sama ada masalah line berkaitan dengan telefon atau SIM card, cuba la letak SIM card Anda dalam telefon lain.

Kalau line Celcom tetap lembap, bermakna kemungkinan besar masalah ada pada SIM card.

Kalau line okay dalam telefon lain, mungkin masalah ada pada telefon Anda.

6. Semak Coverage Celcom

Kadang-kadang line lembap disebabkan oleh masalah teknikal di kawasan Anda atau dalam radius tertentu.

Cuba check dengan kawan-kawan atau family, kalau diorang pun menghadapi masalah yang sama, mungkin ada isu dalam kawasan Anda.

7. Pengalaman Cara Lajukan Internet Celcom

Untuk makluman kami guna Celcom prepaid, kami dulu pun dapat connection slow sangat.

Tapi ni yang rakan kami ajar:

  1. Mula-mula kami ada topup RM50.
  2. Lepas tu cuba Anda dial *118#
  3. Pastu tekan Monthly .
  4. Kat situ ada banyak pelan, kami amik pelan internet Unlimited RM35. Ikut Anda la nak pilih pelan ape.
  5. Pas tu celcom akan deduct dari topup RM50, ada la baki RM15.
  6. Lepas tekan send tu baru la internet youtube game movie kami laju.

So next time pas top up kat 7e, pastikan Anda dial *118# n pilih pelan. Itu suggestion kami ye.

8. Hubungi Khidmat Pelanggan Celcom

Kalau semua cara ni tak berkesan, jangan segan-segan untuk hubungi khidmat pelanggan Celcom.

Kadang-kadang masalah line lembap ni berkaitan dengan teknikal yang memerlukan campur tangan dari pihak Celcom.

Mintalah mereka buat pemeriksaan dan nasihat.

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara mengatasi kenapa line Celcom slow, semoga maklumat ni boleh membantu selesaikan masalah Anda.