Cara Aktifkan Simkad Maxis
Cara Aktifkan Simkad Maxis

Cara Aktifkan Simkad Maxis Guna Whatsapp / Kaunter

Posted on

Anda baru dapat simkad Maxis? Congrats! Sekarang Anda kena aktifkan simkad tu supaya boleh terus guna servis Maxis.

Kalau Anda guna Maxis sebagai penyedia perkhidmatan telefon bimbit, tentunya Anda dah tahu yang simkad tu adalah satu perkara penting yang perlu ada supaya Anda boleh guna servis Maxis.

Untuk aktifkan simkad Maxis baru Anda, boleh ikut langkah-langkah mudah yang kami kongsikan kat bawah ni:

Cara Aktifkan Simkad Maxis
Cara Aktifkan Simkad Maxis

Cara Aktifkan Simkad Maxis Baru

Sebelum Anda aktifkan sim card Maxis baru tu, pastikan Anda dah mempunyai kad pengenalan ye.

Sekiranya kad pengenalan dah sedia ada, sila pilih satu cara berikut untuk pengaktifkan simkad Maxis baru Anda.

Aktifkan Simkad Maxis di Kaunter

Kalau Anda dah beli simkad Maxis dari kedai Maxis dan nak aktifkan simkad tu di kaunter Maxis, berikut kami tunjukkan step-by-step cara nak aktifkan simkad Maxis baru.

  1. Pertama sekali, sila bawa simkad Maxis dan dokumen pengenalan diri yang sah ke kaunter Maxis terdekat.
  2. Beritahu pegawai di kaunter Maxis bahawa Anda nak aktifkan simkad Maxis yang baru dibeli.
  3. Pegawai di kaunter Maxis akan meminta maklumat Anda seperti nama, alamat, nombor telefon.
  4. Pegawai Maxis akan membuat pendaftaran dan memasukkan maklumat yang diberikan oleh Anda dalam sistem Maxis.
  5. Setelah simkad Maxis Anda diaktifkan, Anda boleh mula gunakan perkhidmatan telefon bimbit dari Maxis seperti membuat panggilan, hantar pesanan teks, dan lain-lain.

Jangan lupa untuk semak dan pastikan bahawa maklumat yang diberikan oleh pegawai di kaunter Maxis betul dan tepat sebelum meninggalkan kaunter.

Kalau ada sebarang masalah, Anda boleh bertanya dengan pegawai Maxis dan mereka dengan sukacita akan membantu.

Aktifkan Simkad Maxis Melalui Whatsapp Maxis

Untuk Anda yang nak aktifkan simkad Maxis tanpa perlu pergi ke kedai Maxis, Anda boleh gunakan perkhidmatan WhatsApp Maxis untuk proses pendaftaran yang lebih mudah dan cepat.

Berikut adalah langkah cara aktifkan simkad Maxis melalui WhatsApp Maxis:

  1. Buka aplikasi WhatsApp di telefon bimbit Anda dan tambah nombor Maxis +60123451123 sebagai kenalan dalam telefon Anda.
  2. Hantar mesej ke nombor WhatsApp Maxis tersebut untuk meminta bantuan untuk aktifkan simkad Maxis baru yang dah dibeli.
  3. Pegawai Maxis akan reply dan meminta maklumat Anda seperti nama, alamat dan nombor telefon.
  4. Lepas tu staff Maxis akan membuat pendaftaran dan masukkan maklumat yang diberikan oleh Anda dalam sistem Maxis.
  5. Biasanya pegawai Maxis akan meminta Anda untuk menghantar gambar kad pengenalan dan foto selfie.
  6. Lepas tu pegawai Maxis akan mengesahkan maklumat dan meneruskan proses pendaftaran.
  7. Setelah proses pendaftaran selesai, pegawai Maxis akan memberitahu Anda mengenai status pengaktifan simkad Maxis Anda.

So, tu dia cara nak aktifkan simkad Maxis di kaunter dan melalui Whatsapp Maxis. Mudah je kan? Kalau Anda nak gunakan facebook ataupun instagram, Anda perlu mempunyai internet data.

Sila ikuti cara beli internet Maxis harian dan bulanan yang kami kongsikan dalam artikel tersebut.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah beberapa pertanyaan dan jawapan yang munking boleh membantu selesaikan masalah Anda.

1. Apa dokumen yang perlu dibawa semasa pengaktifan simkad Maxis?

Dokumen yang diperlukan ialah kad pengenalan, pasport dan bukti alamat.

2. Berapa lama masa yang diperlukan untuk mengaktifkan simkad Maxis?

Masa yang diperlukan untuk mengaktifkan simkad Maxis adalah dalam beberapa minit sahaja.

3. Macam mana kalau simkad Maxis dah expired?

Kalau simkad Maxis Anda dah tamat tempoh ataupun terminate, Anda boleh follow step dalam artikel cara aktifkan nombor Maxis expired.

4. Apa yang perlu dipastikan semasa mengaktifkan simkad Maxis?

Pastikan maklumat yang diberikan betul dan tepat, serta pilih pakej yang sesuai dengan keperluan Anda.

5. Adakah terdapat caj untuk mengaktifkan simkad Maxis?

Tidak ada caj yang dikenakan untuk mengaktifkan simkad Maxis.

6. Apa yang perlu dilakukan jika menghadapi masalah semasa mengaktifkan simkad Maxis?

Anda boleh hubungi Khidmat Pelanggan Maxis untuk mendapatkan bantuan dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan pengaktifan simkad Maxis.