Celcom Umrah Package adalah pakej yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi Celcom kepada pelanggan mereka yang ingin melakukan ibadah umrah di Makkah, Arab Saudi.
Pakej Celcom umrah biasanya menawarkan beberapa faedah tambahan, termasuk roaming data tanpa had, pelan panggilan yang lebih rendah dan keutamaan dalam panggilan ke Malaysia dan negara-negara lain semasa berada di Arab Saudi.
Celcom umrah package adalah pilihan yang baik untuk mereka yang ingin melakukan ibadah umrah dan memerlukan akses internet tanpa had, panggilan dan SMS tanpa had, serta aplikasi popular semasa berada di Arab Saudi.
Kelebihan Simkad Umrah Celcom
Sekiranya anda telah merancang untuk melakukan ibadah umrah di Makkah, Arab Saudi, pastinya anda memerlukan akses internet dan komunikasi yang lancar semasa berada di sana.
Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan perkhidmatan telekomunikasi Malaysia seperti Celcom yang menawarkan pakej roaming khas untuk jemaah umrah.
Di bawah ini adalah kelebihan simkad umrah Celcom:
- Tidak perlu beli simkad selepas mendarat.
- Daftar di Malaysia dan menggunakan I/C Malaysia.
- WhatsApp dibenarkan dan boleh guna WhatsApp call.
- Harga lebih murah berbanding menggunakan simkad di sana.
- Tidak perlu berkomunikasi dengan penjual di sana.
- Jemaah umrah sudah penat dengan penerbangan dan boleh terus masuk bilik hotel dan simpan bagasi.
- Bagi jemaah yang lemah dalam teknologi, tidak perlu pening kepala untuk menyesuaikan diri dengan aplikasi baru di sana.
Masalah Telekomunikasi Ketika Umrah
Masalah di bawah ini sering dialami oleh jemaah yang melakukan perjalanan ke Tanah Suci. Terdapat beberapa masalah telekomunikasi yang sering dihadapi oleh jemaah seperti:
- Kena beli simkad di Arab Saudi sebaik sahaja mendarat.
- Pendaftaran simkad Arab Saudi menggunakan thumbprint. Tidak boleh minta tolong Mutawwif untuk belikan. Tuan badan kena pergi ke kiosk.
- Menyukarkan proses dan mengambil masa yang lama.
- WhatsApp tidak dibenarkan jika menggunakan simkad di sana. Menyukarkan lagi isu komunikasi dengan saudara kita di Malaysia yang kebanyakkannya menggunakan WhatsApp.
- Harga lebih mahal dengan menggunakan simkad di sana.
- Jemaah umrah menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan penjual simkad di sana.
- Jemaah umrah sudah penat dengan penerbangan dan perlu beratur untuk mendapatkan simkad di sana.
- Bagi jemaah yang lemah dalam teknologi, akan menyukarkan mereka untuk menyesuaikan diri menggunakan aplikasi lain bagi menggantikan WhatsApp dan saudara mereka di Malaysia perlu juga download aplikasi tersebut untuk dapat berkomunikasi.
Masalah telekomunikasi semasa melakukan Umrah boleh menjadi satu masalah besar bagi jemaah. So kami nasihatkan Anda untuk gunakan Celcom Umrah Package untuk elakkan masalah diatas.
Cara Beli Simkad Umrah Celcom
Untuk membeli simkad umrah Celcom, anda boleh membelinya di Malaysia sebelum berlepas ke Tanah Suci. Berikut adalah cara untuk membeli simkad umrah Celcom di Malaysia:
- Kunjungi kedai Celcom terdekat di kawasan anda.
- Tanyakan tentang pakej simkad umrah Celcom yang tersedia dan pastikan untuk menanyakan syarat dan harga pakej tersebut.
- Jika anda sudah memilih pakej yang sesuai, maka berikan maklumat peribadi anda seperti nama, nombor kad pengenalan, dan nombor telefon bimbit anda kepada ejen.
- Anda akan diberikan simkad dan aktivasi akan dilakukan di kedai atau dalam masa beberapa menit selepas anda meninggalkan kedai.
- Pastikan untuk memasang simkad pada telefon anda dan mengaktifkan roaming ketika tiba di Tanah Suci.
Untuk memudahkan pembelian simkad umrah Celcom, anda juga boleh membelinya secara dalam talian melalui laman web Celcom atau Shopee.
Anda perlu memasukkan maklumat peribadi anda dan alamat penghantaran, kemudian bayar melalui kad kredit atau debit anda. Simkad akan dihantar kepada anda dalam masa beberapa hari selepas bayaran anda disahkan.
Pastikan Anda aktifkan simkad Celcom yang Anda beli tu sebelum pergi umrah ye.
Soalan Lazim
Di bawah ini adalah soalan lazim yang sering ditanyakan.
Adakah hotspot boleh digunakan?
Ya, hotspot boleh digunakan
Bolehkah saya menggunakan simkad yang sama selepas pulang ke Malaysia?
Simkad boleh digunakan balik selepas pulang di Malaysia
Apakah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran?
Pendaftaran memerlukan salinan IC dan no kod dibelakang simkad pada sticker oren.
Bagaimana cara untuk aktifkan kad ni?
Pendaftaran boleh buat sendiri menggunakan Celcom Life apps atau hantar salinan IC dan kod belakang simkad kepada celcom.
Berapa kos tambahan data jika saya perlukan lebih semasa di luar negara?
Data boleh ditambah ketika disana dengan harga RM18 untuk 1.5gb. Walaubagaimanapun, tempoh 14 hari masih sama.
Berapa kos tambahan minit panggilan jika saya perlukan lebih semasa di luar negara?
Minit panggilan boleh ditambah ketika disana dengan harga RM18 untuk 20 minit. Walaubagaimanapun, tempoh 14 hari masih sama.