Semakan Baki Pinjaman Bank Rakyat

Posted on

Bank Rakyat terus melakukan inovasi produk dan perkhidmatan kewangannya untuk menjadikan dirinya sebagai institusi kewangan terkemuka dalam perbankan digital di Malaysia.

Bank Rakyat melancarkan pelbagai pinjaman yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan seperti:

  • Pembiayaan Peribadi-i
  • Pembiayaan Kenderaan-i
  • Pembiayaan Perumahan-i
  • Pajak Gadai-i
  • Pembiayaan Pendidikan

Masing-masing pembiayaan tersebut mempunyai kelebihan tersendiri.

Melalui pelbagai pinjaman ini kita dapat memilih pinjaman sesuai dengan apa yang kita ingin.Semakan Baki Pinjaman Bank Rakyat

Semakan Baki Pinjaman Bank Rakyat

Selepas kita memohon pinjaman untuk pembiayaan yang diperlukan, muncul pertanyaan yang ramai orang ingin ketahui, iaitu macam mana nak semak baki pinjaman bank Rakyat?

Tak dinafikan pertanyaan ini muncul selepas beberapa kali Anda membuat pembayaran dan ingin tahu berapa sisa baki pinjaman yang mesti dibayarkan.

Ada 3 cara yang boleh Anda gunakan untuk mengetahui baki pinjaman bank Rakyat. Sila ikuti langkah-langkah cek baki pinjaman bank Rakyat dibawah:

Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Online

Untuk membuat semakan secara online, Anda perlu memiliki akaun berdaftar terlebih dahulu.

Sila buat akaun berdaftar melalui perkhidmatan i-Rakyat. Selepas Anda berjaya mendaftar di i-Rakyat langkah dibawah boleh Anda buat.

  1. Buka laman i-Rakyat
  2. Masukkan Username dan Kata laluan.
  3. Pilih Menu Check Balance > Financing
  4. Maklumat baki Anda akan terpapar secara detail.

Check Baki Pinjaman Bank Rakyat

Cara lain yang boleh Anda gunakan untuk menyemak balik pinjaman iaitu melalui perkhidmatan tele-Rakyat, sila hubungi tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454.

Pihak Bank Rakyat akan melakukan pengesahan diri Anda, langkah ini diperlukan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Selepas itu Anda akan diberitahu maklumat baki pinjaman yang Anda inginkan.

Cek Baki Pinjaman Bank Rakyat

Selain 2 cara diatas, Anda boleh membuat semakan melalui email. Sila buat email dan hantar email yang berisi pertanyaan baki pinjaman melalui e-mail telerakyat@bankrakyat.com.my untuk menyemak balik pembiayaan peribadi Anda.

Selepas Anda mengetahui baki pinjaman, sila persiapkan rancangan kewangan untuk bayaran balik sehingga kewangan Anda tetap stabil.

Itulah maklumat bagaimana nak semak baki pinjaman Bank Rakyat untuk Pinjaman Peribadi, Pinjaman Kenderaan, Pinjaman Perumahan, Pajak Gadai dan Pinjaman Pendidikan.